BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 14, 2009

Such Kind Of Memories

DI SEBALIK





2 hari sebelum aku pergi ambik jubah iaitu pada 21/10/2009, aku pergi Menara SAAS utk pulang buku rujukan di PTAR 1.  Rasa teruja sangat sebab tengok ramai ibubapa yang datang and banyak bunga serta teddy bear yang dijual dihadapan PTAR 1.   Rasa tak sabar sangat nak tunggu hari konvo aku pada 26/10/2009 tu.  Aku call mama kalo mama datang nanti, waktu keluar dari Dewan, aku nak bunga or teddy bear gak macam orang lain..gedik betol kan aku?

Malam before hari konvo aku, aku call mama samada mama datang or tak, mama cakap mungkin tak..atas sebab2 tertentu yang aku tau amat menyakitkan.  Ape perasaan korang bila orang terdekat korang yang korang sayang selain ibubapa tapi dia antara yang korang sayang cakap "setakat konvo diploma,tak penting sangat pon",lagi2 plak,dia sahajalah harapan ibu korang utk tolang bawak pergi majlis konvo tu..sedih kan?
Malam tu aku menangis sangat2 tapi syukur pagi tu mata tak bengkak...

Aku pergi DSB pagi tu dengan 'ma' and 'pa' yg sudi teman aku..hati sedih terbayang bila kuar dewan nanti takda mama kat depan mata, and mesti rasa macam tak dihargai langsung.  Aku da pasang tekad dalam hati if mama tak datang disebabkan someone tu,aku takkan balik umah sepanjang cuti sem nanti.Utk apa balik, jika keadaan dingin yg menyambut aku setiap kali balik.

Masa da nak naik pentas, aku call mama samada dia datang or tak.  Mama cakap dia OTW..aku syukur dalam hati..bila tanya da kat mana, mama cakap dah masuk kwsn S.A.  Aku gembira, sekurang2nya mama dapat tengok aku naik pentas nanti walau hanya melalui SCREEN.  lagi 10minit aku akan naik pentas, aku call mama dengan beranggapan, mama da sampai.  Tapi lain pulak ceritanya, sesat...entahlah.  Aku naik pentas tanpa orang terpenting dalam hidup aku melihat kejayaan ku menggenggam segulung Diploma.

Tamat majlis konvokesyen aku cari mama, dengan berjubah aku lari dapatkan mama..terharu mama peluk aku erat2 and hadiahkan aku satu teddy bear.  Aku pelik, sebab pelukan mama erat and mama menangis.  Aku tak tau tangisan tu utk apa, samada sedih tak dapat tengok aku naik pentas atau sedih kegembiraan dengan Diploma yang telah aku perolehi..mungkin kedua2nya..


p/s~ untuk mu mama

atas kasih sayang mu
utk segala keperitan yg telah kau lalui
dgn segala pengorbanan yg telah engkau curahkan
aku telah menanam tekad sekian lama
sejak dibangku sekolah
akan memastikan dikau ibuku
menangis
ketika melihat anakmu ini
di puncak kejayaan
kerana
perjuangan ku selama ini
adalah utk mu

**along sayang mama**


Friday, November 13, 2009

love and pressure


aku terdetik utk menulis di dalam blog ini kerana i just one to share with all of you something that is too complicated in my heart..bila kita mencintai seseorang we are willing to sacrifice anything..tapi adakah orang yg kita cintai tu hargai and perasan ape yg kita buat utk dia..besides that, when he is the one who have others and easily said some kind of word like "i choose her" and then suddenly he come back and try to do something yg buat kite pressure and sakit hati..why all this happen?bukankah bila dia da kata "i choose her"supposely dia satisfied dgn pilihan dia and knp mesti nak cari kite balik selepas kite menderita and try to accept the truth that he did not wants us anymore..why in this world, have a man like that..the motif??can anybody told me?